Wednesday, December 10, 2014

Kembara Turkey- Part 2

Penerbangan dari Vienna pada jam 12.55 tenghari ke Istanbul Sabiha Gokcen airport.  Aku dah sampai awal dan penerbangan ini akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kapalterbang meninggalkan bumi Austria yang masih di basahi hujan rintik-rintik. Naik ke awan baru nampak cerah matahari. Flight mendarat lebih kurang pukul 4 petang.

Untuk flight Turkey Airlines ni aku book harganya cuma 84 Euro (RM370+) dari Vienna dan mendarat di Sabiha Gokcen Airport Istanbul. Sabiha Gokcen ni adalah sempena nama anak angkat Mustafa Kemal Ataturk, first female combat pilot di Turki. Berketurunan Bosniak.

Pada tahun 2008, Malaysia Airports, bersama-sama dengan rakan kongsi konsortium Limak Group (Limak) dan GMR Infrastructure Limited (GMR), menandatangani perjanjian pelaksanaan dengan Kementerian Turki Pertahanan dan seterusnya mengambil alih operasi ISGIA (Istanbul Sabiha Gokcen International  Airport) pada bulan Mei 2008.
Tempoh konsesi adalah untuk tempoh 20 tahun. Malaysia Airport juga uruskan airport antarabangsa lain di India iaitu Rajiv Ghandi Airport di Hyderabad. Kalo gitu bagi je MAB uruskan Mas, harus efisien dan jana profit.
Jadi hebatkan Malaysia Airport nih? Bangga la sikit bila jejak kaki ke airport nih..bukan senang kan.. (tepuk meja 40 kali skrggggg)
skrin flight di Schwechat airport Vienna
dalam Sabiha airport

Sabiha Gokcen Airport
 


makanan not bad..chicken satay namanya, ingt dlm lidi
Masa nak masuk imigresen tu agak lama jugak lah staf imigresen tu dok belek passport aku. Dia heran kot tengok aku kejap keluar masuk Turki. Saspen jugak jadinya sebab lama menunggu sampai dia panggil Pegawai dia. Baru lepas..rupanya dia tak perasan cop keluar kat Erdine aku tu masa nak ke Bulgaria.

Keluar je dari airport, aku tak pasti nak naik apa. Sebab sini takde metro ke pusat bandar seperti di Atartuk Airport. Tapi bila dok survey internet ada bas yang memang lalu sini, aku cadang nak naik bas. Dan bas ni guna Istanbulkart . So beli Istanbulkart di kaunter depan airport dengan harga kad 7TL (RM14) dan top-up 13TL (RM26). Jadi harga kad tu 20TL.

Aku rasa macam mahal je...tapi terpaksa la. Sebenarnya dengan beli Istanbulkart ni kita akan dapat half price bila naik bas atau tram dan metro. Bayangkan kalau tak beli kad, setiap kali naik kena caj 4TL (RM8)..mahalkan? dengan kad akan dapat murah sama ada 2TL, 1.5 TL ikut station. So baik beli kad kalau dah tau memang kita akan naik tram dan metro atau public transport.
Naik bas nombor 114 (city bas) yang berhenti-henti dan akan ke last station di Kadikoy. Kadikoy adalah  jeti bot dan pelabuhan di sebelah Asia. Bot dari sebelah Asia ke sebelah  Eropah pusatnya disini.
Dari airport Sabiha nak ke pusat bandar tengok link sini:
http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/s_gokcen_transport.html

Pening jugak semasa naik bas ni..sesak dan jalan jem. Aku dah jetflag dan terpaksa tahan. Jauh airport ni bandar dan memakan masa lebih kurang sejam. Rasa nak termuntah pun ada..angin kot...dan perubahan cuaca.

Suasana masa tu dah makin gelap dan akhirnya bas berhenti di Kadikoy.
Kadikoy adalah  jeti feri  sebelah Asia (Sabiha airport kat sebelah Asia). Dari Kadikoy jika nak ke sebelah Eropah boleh naik feri yang akan berhenti di jeti Eminonu..feri  akan merentasi laut Marmara. Dan dari Eminonu ada tram yang akan merentasi Selat Bosphorus pulak untuk ke kawasan tumpuan pelancong di Taksim.
 Dari Eminonu boleh amik tram ke Sultanahmet atau old town yang merupakan kawasan paling popular untuk pelancong. Jalan atas Galata bridge pun boleh tengok orang pancing.
Taksim terletak di Karakoy (Kabatas).

map Kadikoy dan Karakoy..nama nak dekat sama
Turun bas, aku amik feri ke seberang Eminonu dan dah nampak Blue mosque dan Hagia Sophia. Masa tu kagum semua ada bila nampak dua landmark Istanbul. Yey..lompat bintang saploh kali dalam hati.
Dalam feri ada served tea dan snack..dan bayaran sebanyak 4TL (ingat2 lupa dah).
dalam feri
Excited ohhh nampak masjid ni..ni kat jeti Eminonu
Jeti Eminonu

Turun feri, matlamat utama nak cari hotel/hostel. Aku jalan naik bukit turun bukit cari hotel, yang ada hotel yang caj 80TL (Rm160). Mahal..gua tak mampu. Lama juga aku dok berpusing tu...rupa bumi Turki yang berbukit dan berbatu ni memang naya kalau pakai kasut high heel dan low heel sekali pun. Dengan mak tapir lagi yang dah 20kg tu..hazab.
Tengah berjalan merayap tu..tetiba kat lorong ada satu kereta berhenti. Nice car.. macam Honda CRV.

Driver dia laung kat aku "Melezsia?'
Aku : Yes
Dia : What are you doing here?
Aku : Looking for cheap hostels
Dia : This is not a good area..black area.You see the neighbourhood? Come I send you to the hotel
Aku : Then how much I have to pay you? (dalam hati benda paling last akan aku buat adalah naik teksi dan prebet sapu)
Dia : You don't have to pay me anything, I love Malezia. We all Muslim
Aku : Teragak-agak nak naik ke tak ni. (tanya Mr. Instinct..dia kata belasah je senah lagipun kalo jadi pape ko ada monopod yang boleh ketuk dia..)
Dia : Come on, don't worry.. I'll send you to Taksim area..lots of budget hotel there

Oklah..akhirnya aku naik la dengan mak tapir tu. Ada sorang kawan sebelah dia yang muka ala ala gangstrer dengan jaket kulit berantai besi...ngeri ok. tapi nasib takde parut rel keta api lagi kat pipi. Tapi mamat ni diam je sebab tak reti speaking.
Dia bawak aku ke area Taksim belah Karakoy tu.
Dalam kereta:

Dia : You better stay in Taksim. Happening area
Aku : Well, I don't know..as long I can find a place to sleep ..within my budget
Dia : How old are you? I am 40 (but still got the charm, hensem jugak mamat ni)
Aku : @#&**
Dia : You can call me Agust. and you? Hey, you stay just one night at the hostel, then stay at my place after that. Its free. Nobody in my house.
Aku ; Call me Senah..Agust, please find the the cheap hostel for me. I'll think bout the offer later ok? (bila tengok dia dok lalu kawasan yang macam high class je dan nak ajak aku dok umh dia?wah wah..kalau aku pakai cawat besi takpelah)
Dia : Don't worry, I can pay the hotel for you if you want..don't worry bout money.. (byk santek muka dia..aku tak kaya macam ko ok?)
Then come stay at my house. We can go for drink at Taksim tomorrow night..bla bla...my wife dead..bla bla..I like Malaysia women..My uncle running business in Malaysia..you look sweet bla bla..(dalam cermin asik la dok usha aku..apa kes)
Aku ; Well, we'll see later.I will call you. (I heard Bollywood cliche' in my head)
Dia : Pandu sambil pandang aku, senyum dan sort of gentlement okeh mamat nih.,ayat baik punya.

Sampai di kawasan Taksim dan dia berhenti dekat satu backpackers hostel ni. Masuk tanya reception while aku tunggu dalam kereta macam mem besar.

 Dia : Senah, come on, I think this is nice place for you. You rest for tonight..coz I have business to do in Taksim..tomorrow we meet and have a good time ok?
Aku: OK, I will call you. Thank you so much..you're very nice..I amazed by the Turks hospitality (ayat orang berbudi kita berbahasa..muahhhhh dlm hati.. selamat duit teksi aku)

Aku keluar, dia sibuk nak amik nombor henpon aku...business kad hostel tu utk tulis nama aku dll.  Apa pekdah Agust oiii..aku bukan buat international roaming pun. Dia ikut aku sampai ke reception tu, dok tunggu aku lelama sb nk suh aku call dan jumpa dia nanti. Takut aku lari gamaknya.
So we swap numbers dan dia berkali-kali pesan supaya aku call dia, siap cakap dengan reception tu bagi aku semalam je sebab esok dia nak bawak aku pergi umah dia boleh? Suka hati dia ja.
Aku pun say thanks dan bla bla.  Dia pun bergerak..dan takdelah horror story aku tumpang dia ni.
Takde macam Psycho Alfred Hitchcock ke apa, amin.

Tapi sila jangan ikut perangai buruk aku ni yer? Jangan ikut strangers. Jangan naik kereta strangers.
Jangan percaya strangers...benda tu adalah peraturan paling penting untuk solo female backpackers. Sebab aku mentel dan psiko, jadi jangan ikut perangai semborono aku. I trust my instinct ,my hunch...and sometimes it might be goes wrong for you.

Jika kau tengok Discovery chanel, dalam Scam City Istanbul oleh Conor Woodman, maka taktik scammer adalah pelawa pelancong minum di bar area Taksim atau Istiklal street dan end up pelancong tu kena bayar beribu lira untuk segelas dua minuman. Dan kat blog manatah aku baca pelancong Malaysia kena caj beribu-riban kredit kad sebab kes begini...kes pick-pocket, tipu meter teksi dan seumpamanya adalah biasa di mana-mana. Jadi ko kenalah sentiasa alert okeh..jgn mudah tertipu dan over mesra alam.

Memang warga Istanbul over peramah, hospitality terbaik tapi jgn ingat semua nya elok dan jujur.
Di situlah ko nak uji taktik CIA ko pulak..aku dah memang agen ala Jason Bourne kan so ni semua mak tak heran..sebelum dia menipu mak, harus mangkuk tu dah di simbah 40 baldi air kencing dulu..hehe (berlagaknya..)

In the end, aku check in hostel tu, bayaran 13 Euro atau 36TL (RM72) semalam.
Masuk bilik, bersihkan diri, solat dan setelkan apa yang patut.
Nice hostel dan sangat feminin dengan bunga-bunga. Pandai si Agust ni cari.
Malam tu dengan dengan jakunnya melepak kat balkoni dengan suhu sejuk tu..rasa bahagia akhirnya dah sampai Turkey..tempat idaman sekian lama.
Menghirup nyaman udaranya, memerhati kehidupan malamnya dari balkoni, tipikal bangunan di Istanbul yang tinggi dan sempit (no wonder tangga gila kecik dan curam) dan aku perasan semua balkoni jiran sebelah cantik dengan bunga-bungaan.
Ahhh...akhirnya..malam tu tido dalam senyuman kepuasan.
hostel paling feminin pernah aku stay

10 comments:

  1. susah nak percaya pada strangers...

    ReplyDelete
  2. Noted! Going soon, solo gak ni. Tapi aku muka bengis ngan strangers, harapnye diorang pun takut nak approach haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke bengis? nanti cair nokk tengok mamat-mamat hensem tak hengat kat Istanbul tu

      Delete
    2. Dah selamat balik dari Istanbul. Berkelana seminggu seorang diri. Macam xpuas. Thanks semua tips & gambaran2 dalam ur blog. And yes, kacak2 semuanya. Melting please!

      Delete
    3. Wow..tahniah..ada bawakbalik boypren tak dari sana??

      Delete
  3. Ramai jugak yang cakap kat Istanbul semua kacaks-kacaks....Alamak camne ni? Hahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Turkish men is super duper gorgeous!..camne tu maknanya bawak balik mai sorang dua boypren dari sana hehe

      Delete
  4. Woww baca citer tumpang mamat turk tu dgn penuh debaran hokeh! Haha

    ReplyDelete