Sunday, December 14, 2014

Romania - Part 1- Ruse To Bucharest To Brasov


Perjalanan dari Bulgaria dalam keretapi selesa dan tak ramai orang. Aku sorang je dalam gerabak.
Selepas melintasi Danube river, secara tak rasmi aku dah sampai Romania. Keretapi berhenti di stesen Giugiu Nord untuk border-check. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk Romania, hanya passport je.
Datang Border Police Romania periksa passport aku. Dia amik passport dan bawa ke pejabat dia. Ada officer lain yang tunggu dekat gerabak dengan anjingnya sekali. Slow je stesen ni tapi pemeriksaan passport aku lama gila. Dah bosan dok dalam gerabak..aku jenguk kat bawah.jenguk je muka keluar, angin sejuk menerpa. Patut mamat polis tu tak berenti-renti isap rokok. Aku turun jenguk muka kat dia.. Nak amik gambar kononnya.

Aku : Can I step down? (senyum buat muka kesian)
Police border : No, you can't . (buat muka marah dan ketat)
Aku : Ok

Lepas tu dok tunggu lagi..dan lagi ..dan lagi. Dekat sejam jugak baru kawan dia datang bagi passport aku, tanya aku nak gi mana dan macam-mcam. Tapi lebih senang la dari nak masuk Bulgaria.
Sungai Danube..pemisah Bulgaria dan Romania

Ni tiket ketapi Ruse-Brasov..33Leva

Ni Giurgiu Nord..pemeriksaan border Romania
view sepanjang jalan
Kemudian train berhenti di stesen Videle untuk ambil penumpang. Hilang kekuasaan aku pada gerabak tu.
Sepanjang jalan aku dapat tengok banyak stesen keretapi yang terbiar..mungkin  digunakan pada zaman Komunis dahulu. Untuk mudahkan hantar bekalan dan kawalan ke atas sesuatu kawasan.

stesen terbiar camni banyak sepanjang laluan ketapi

 Train terus bergerak hingga ke Bucharest Nord. Bila sampai jam 5.30 petang, ssuasana dah gelap dan orang berpusu-pusu naik gerabak. Aku dok cari line train ke Brasov (sebutan Bra-shove) dan tanya pada Pemandu train tu. Baik hati dia guide aku. Kalau tak memang pening kat Bucharest Nord ni..banyak sangat train destination. Then aku tukar duit Romania Lei sedikit (53USD dan dapat 170lei).
Bucharest Nord station

tengok line mana ke destinasi
tukar duit sini
kaunter info
Lepas tukar duit aku berkejar ke line 10 untuk ke Brasov..dan train ni akan terus ke Budapest. Punyalah sesak..ramai orang. Cari second class. Aku je alien dalam train tu.
Akhirnya lepas satu station, ramai yang turun dan tinggal sikit je penumpang. Sepanjang jalan ke Brasov..aku tengok dah ada salji dikawasan bukit Romania. Mungkin di  kawasan  Piona Brasov. kawasan peranginan yang popular sebagai Ski Resort.
Aku sampai Brasov jam 7lebih ke 8 pm camtu. Suasana sangat gelap dah.
Misi seterusnya adalah nak tido mana malam ni? Ya Allah..suhu di Brasov lebih sejuk dan lebih menusuk tulang.
Train station Brasov
 Aku berjalan mengikut gerak hati..tapi sekian lama tak jumpa apa-apa tanda hotel bajet. Sebaliknya aku dah masuk ke kawasan perumahan seperti Apartment yang mengelilingi bandar Brasov. Dalam kegelapan dan suhu yang kian membeku ni..bagaimana aku nak cari hostel?


No comments:

Post a Comment