Saturday, December 20, 2014

Romania- Part 5 Hari terakhir di Brasov

Pagi ni aku keluar awal untuk ke market. Beli susu dan roti untuk di makan dengan Nutella.
Aku melangkah je lalu reception, Jorge serbu aku dan  bertanya "Are you staying?''.
Risau la tu kalau aku dok lama sini nanti dia berkenan kat aku. Tu yang mak malas.
Masa dia tanya tu..mata biru laut dia bersinar-sinar. Aku suka jugak tenung mata dia lelama..macam nak berenang masuk sebab sangat clear birunya macam laut cetek. Alahai Jorge..ko ni kan..muka hensem tapi muka ketat ala komunis.

Aku jawab 'No. I will check out before 12pm''
So aku keluar dan melihat-lihat gelagat manusia di Brasov. Ramai yang bawak anjing pergi berjalan-jalan, ada yang dok mengikis lapisan salji di cermin kereta dan ramai yang sibuk keluar untuk ke tempat kerja.
Mereka macam pelik jugalah tengok aku. Tapi takdelah macam dengan persepsi negatif macam aku terrorist ke apa.Aku je alien kot.
Orang Gipsi ramai disini dan ada yang meminta sedekah di stesen-stesen keretapi dan terowong bawah tanah. Di Brasov ni baru aku rajin nak guna terowong bawah tanah untuk lintas jalan atau ke mana-mana sebab ia menghangatkan. Kalau stay kat jalan terbuka je memang sejuk beku dan tak tahan nak berjalan lama-lama.
Lepas keluar dan melihat sepuasnya bandar Brasov, aku balik ke hotel. Kemas dan pack barang. Yang bagus disini, oleh kerana aku stay 2 malam, aku boleh basuh semua baju kotor dan sidai di heater. Jadi cepat kering walau takde matahari. Yang selalu cepat busuk adalah stokin. At least perlu 2 psg stokin.
Aku check-out pukul 12 tengahari dan dukung mak tapir 20kg tu. Jarak hotel ni ke stesen keretapi Brasov tak jauh, dalam 20 minit berjalan kaki. Selamat tinggal Jorge..dan mata biru mu itu yang memukau.
stesen keretapi Brasov

depan  stesen ada bas berhenti dan lalu

dalam stesen


jadualk dan nombor gerabak ketapi

ni tempat menunggu kat luar
 Lepas sampai stesen tu, aku beli tiket ke Budapest yang berharga 196leu (RM186) dan keretapi akan bergerak pada jam 8.08 malam. Ada juga yang jadual tengahari dan awal pagi tapi aku sengaja pilih petang agar aku sampai di Budapest awal pagi esok. Dah save duit hotel semalam. Perjalanan dengan keretapi CFR (milik Romania Railway) akan bertolak dari Brasov jam 8malam dan dijangka sampai di Budapest Keleti jam 9.15 pagi. Aku amik second class.
Ini tiketnya
Oleh kerana aku check-out jam 12tengahari dan sampai di Brasov train station jam 1p.m maka aku ada banyak masa melepak di stesen ni. Nasib ada jugak internet..taklah bosan sangat.
Tapi budak-budak Gipsi sangat ramai dalam stesen ni...mereka datang minta duit, memerhatikan orang lalu lalang dan keluar masuk. Masa tu tu baru aku perasan yang sebaik saja kita masuk stesen, akan ada orang dok perhati je kita untuk dapat peluang nak buat apa-apa yang boleh seperti pickpoket.
Budak dan mak bapak gipsi ni jugak dok check kat mesin vending kopi kot-kot ada syiling lebih dalam tu. Aku rimas la jugak mereka ni dan kejap-kejap ada polis Romania datang halau mereka. Tapi lepas tu mereka datang balik.

Gipsi ni memang menjadi masalah kepada kerajaan Eropah. Muka budak-budak ni seperti India, kulit gelap dan mata besar, Ibu bapa pun terlibat sekali dalam aktiviti  minta sedekah dan pickpoket ni..aku dok terfikir..mereka ni tak bersekolah kah. Ada yang berusia 4,5 tahun, remaja belasan tahun hingga ke orang dewasa umur 40,50 tahun geng depa ni. Yang mak bapak buat-buat la jual pisau cukur ke apa kat orang lalu lalang. Sebab aku takde kerja nak buat dan banyak masa tunggu train jadi aku perhati je perangai budak-budak ni.
Datang sorang budak lelaki gipsi berumur 7 ke 8 tahun tu kat aku. Dia usap perut dan cakap 'bancha'.
Aku faham la dia nak cakap dia lapar. Aku cakap 'I'm bancha too'..memang aku pun lapar jugak..tak lunch lagi.  Aku buat muka serius dan tak layan mereka. Kemudian aku tinggal mak tapir tu kejap nak pergi toilet. Datang seorang polis dan cakap kat aku ' You better watch you belonging" . Aku angguk dan angkat beg sekali. Dia risau la kot budak-budak Gipsi tu curi beg aku. Baik polis tu..dalam mak tapir tu takde apa kecuali periuk nasi dan baju-bajan je. Sebab tu aku rilek je tinggalkan.
Aku lepak sampai malam dalam tu, surf internet, terlelap di bangku dan minum kopi.
Sampai malam. Aku juga perhatikan seorang warga emas yang masuk ke stesen ketapi terus datang peluk heater (kat sebelah aku heater tu) seolah heater tu bini dia. Peluk kuat-kuat okeh dan lentokkan kepala ke heater tu.. hehe..betapa berharganya heater bila musim sejuk ni. Heater is a winter wife katanya.

No comments:

Post a Comment