Slovakia - Part 2 Hanya satu persinggahan

di waktu pagi..
Aku keluar check-out hostel jam 8 pagi. Masa aku dok sibuk berkemas, female dorm roomate aku sorang pun tak bangun lagi. Seronok tengok mereka bermalasan dan rilek tak terkejar-kejar. Aku harus keluar awal dan kena dukung mak tapir sambil menikmati kecantikan kota ni sekejap cuma kerana aku akan bertolak ke Vienna tengahari ni. Bratislava hanyalah satu persinggahan untuk semalam.

Hostel backpackers ni ramai dan sesak jugak walaupun pada musim sejuk. Bila sembang dengan receptionist tu, dia cakap sebab ramai yang datang nak alami winter holiday atau nak main ski.
Aku naik tram dan ntah kemana sesatnya pastu patah balik. No rushing.

Then aku berjalan sehingga sampai Old Town Bratislava dan menyusuri riverbank promenade sepanjang laluan tepi sungai Danube tu. Dalam 3km jugak rasanya. Cuaca sejuk seperti kelaziman dan hujan masih turun rintik-rintik. Semakin lama di bumi Eropah ni semakin sejuk rasa dan hujan makin kerap.
Di tebing ni juga kelihatan daun-daun kuning berguguran dan memang feeling layan perasaan disini.
Hilangkan penat seketika di bangku taman yang basah..sambil merenung sungai Danube. Melihat merpati berkeliaran dan patung-patung sejarah megah berdiri.

The Old Town of Bratislava (Slovak: Staré Mesto) is the historic center and one of the boroughs of Bratislava, in the Bratislava Region of Slovakia. It is coextensive with the smallest Slovak administrative district by area, Bratislava I. It contains the small, but preserved medieval city center, Bratislava Castle and other important landmarks. Bratislava's Old Town is known for its many churches, a riverbank promenade and cultural institutions, it is also the location of most of the foreign states embassies and important Slovak institutions including the National Council of the Slovak Republic; the Summer Archbishop's Palace, seat of the Government of Slovakia; and Grassalkovich Palace, seat of the President of Slovakia.

 Setelah puas berjalan di Old Town dan riverbank promenade, aku berhenti makan McD di kawasan ni. Makan fillet O fish dan semua total adalah 7.7 euro (Rm29) dan makan sundae sekali lepas geram.
Sos cili kena caj 1.20 euro...dan McD disini memang Macam luxury sebab kek dan pastries macam di Starbucks pun ada served. nasib takde sapa nak preach pasal Israel dan McD kan waktu ni atau dia sengaja nak merasa kasut mak ni haaa.

Selepas lunch aku tunggu di Old Town untuk naik bas ke stesen bas nak ke Vienna, tanya local dia kata naik bas nombor 70. Oklah aku pun ke stesen bus dekat situ..dan tanya lagi sorang local, betul ke bas nombor 70 akan lalu sini. Perempuan separuh umur tu kt stesen tram dan dia cakap ya dan aku pun cakap nak pergi ke stesen bas. Kemudian lepas ucap thanks aku pun gerak ke tempat bas berhenti. Bas nombor 50 pun datang. Aku rilek je la sebab bukan bas nombor 70. Alih-alih perempuan tadi bagi isyarat kat aku supaya naik bas tu, aku pun  apa lagi dengan mak tapir tu jugak kalut naik. Sempat bagi isyarat thanks dan tunduk kat dia...nasib baik. Bas ni hanya berhenti di stesen bas kat luar Autobusova tu je, bukan perhentian utama dia.

Lega satu bab...sebagai traveller otak dan fikiran kau sentiasa bekerja..di mana nak pergi, macamana nak pergi, sentiasa berfikir dan hanya rilek sedikit bila dapat tempat bermalam dan spend sehari dua disana. Sebab bajet adalah tight dan timing sangat penting. Aku kena kejar flight dari Vienna ke Istanbul yang aku dah book awal yang dijadualkan pada 2 disember. Memang kena ikut masa dan perubahan plan pun tak boleh libatkan masa. Aku suka Budapest dan jika tak kejar flight tu mungkin aku akan stay lebih lama di Budapest. Tapi apakan daya...

depan gereja


depan tram and bus station

Danube promenade at Old Town

mendung semestinya bererti hujan




tenang lepak sini tapi beku..di sini juga beg hampir nak kena curi..sian mak tapir aku kang tak balik Malaysia..suka suki je mamat slovak tu ngaku mak tapir aku beg dia?..ishhh kang aku buka tunjuk spender ke bra ke baru tau

No comments:

Post a Comment