Thursday, December 25, 2014

Slovakia - Part 3 Dari Bratislava ke Vienna

Tiba masa untuk meninggalkan bumi Slovakia yang masih di basahi hujan. Cantik juga bandar ni cuma aku tak berkesempatan untuk meneroka lebih lama.
Dari Bratislava ke Vienna aku amik bas milik Slovakia (Slovak Line)  yang berharga 7.7 euro (RM29) jam 2.00 petang. Bayaran untuk bagage dikenakan 1 euro (Rm4).
Perjalanan hanya mengambil masa selama 40 minit hingga sejam. Bas ini akan berhenti di Schwechat Airport Vienna sebelum sampai ke Vienna.
bas stesen Bratislava
Sepanjang perjalanan banyak permandangan yang cantik..banyak wheat round bales tapi sebab cuaca kabur aku nak amik picture pun tak dapat.
view sepanjang jalan
Setelah sejam dalam bas, akhirnya aku sampai ke Vienna Wien Haupbahnhof.
Stesen bas dan Metro yang besar. Since Budapest blow my mind jadi sampai di Vienna aku taklah jakun sangat. Bermula satu lagi perjalanan selama 3 hari 2 malam di Viennna Austria dan cabaran baru menanti di kota Mozart ini.

No comments:

Post a Comment